1) Analogi
- future scenario (senario masa depan)
- metaphorical thinking (pemikiran berbentuk kiasan)
- provocation (penghasut)
Analogi adalah satu proses kognitif memindahkan maklumat daripada satu tajuk tertentu (analog atau sumber) untuk satu lagi tajuk tertentu (sasaran), dan satu pernyataan linguistik surat-menyurat ataupun dari satu perkara ke perkara yang lain adalah disebut pemikiran. Dalam erti kata yang lain analogi bermaksud satu kesimpulan atau satu pertengkaran dari satu tertentu untuk satu lagi keterangan, kerana menentang potongan, induksi, dan penculikan, di mana salah satu primis penyelesaian adalah antara yang bersifat umum. Analogi memainkan peranan penting dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah berfikir, emosi, ekspresi muka, anggapan, penjelasan dan lain-lain melibatkan sebarang bentuk komunikasi yang dilakukan oleh seseorang individu. Analogi juga merupakan salah satu proses iaitu proses morfologi iaitu di mana terdapat pembentukan kata-kata baru dari kata-kata yang terdapat di dalam analogi. Misalnya, pada perkataan pemuda-pemudi, olahragawan-olahragawati, karyawan-karyawati, dewa- dewi dan sebagainya.
Sekiranya individu menggunakan analogi, mereka lebih terjerumus kepada membuat andaian seperti menggunakan istilah kalau bagi menggambarkan kebarangkalian sesuatu yang akan berlaku. Hal ini bertujuan bagi meyampaikan maksud yang tersirat atau ingin menyampaikan sesuatu perkara dalam bentuk kiasan bagi melambangkan sesuatu perkara disampaikan adalah benar kepada pendengar. Dengan kata erti yang lain analogi juga adalah merupakan satu simulasi bagi merungkaikan maksud yang ingin disampaikan kepada individu senang didengar ataupun ingin orang yang mendengar perkara yang disampaikan kepadanya itu mampu menerangkan segalanya dalam bentuk analogi yang lebih mudah.
Peribahasa seperti ‘ Masa itu emas ’ adalah sering digunakan oleh orang melayu bagi menggambarkan betapa penting masa dalam kehidupan. Masa diibaratkan sebagai emas kerana masa amat berharga dan tidak ternilai sekiranya masa itu boleh ditukar dengan ketulan emas maka orang akan lebih memahami apa maksud sebenarnya peribahasa ini kerana amat penting kita untuk menghargai masa. Masa yang telah berlalu tidak akan berulang lagi buat kali kedua. Peribahasa ini adalah contoh yang baik bagi pemikiran yang berbentuk kiasan.
Selain itu, perumpamaan ‘ monyet di hutan susukan, anak di rumah mati kelaparan ’ adalah menunjukkan seseorang individu perlulah mementingkan kehidupan sendiri dahulu sebelum mengambil tahu perihal orang sekekeling .Sekiranya kehidupan kita tidak lagi sempurna atau tidak terurus maka tidak usahlah mengambil tahu perihal orang lain. Dengan kata lain peribahasa ini boleh disamakan dengan kiasan seperti jangan jaga tepi kain orang. Peribahasa ini juga boleh menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan konsep kiasan.
Peribahasa lain ialah ‘ Bagai pinang dibelah dua ’ merupakan peribahasa yang membawa maksud pasangan yang sepadang atau serasi. Perumpamaan ini selalunya digunakan oleh orang melayu ketika sepasang pengantin berada di atas pelamin masa majlis perkhawinan. Bentuk perumpamaan ini juga merupakan bentuk kiasan yang dimana manusia diibaratkan dengan buah pinang yang kedua-dua belahan pinang seakan serupa. Oleh itu, sesuailah kiasan ini bagi sepasang manusia yang berlainan jantina tapi keserasian diukur melalui mirip muka, ketinggian, warna kulit dan sebagainya.
2) Jelas dan huraikan persamaan dan perbezaan :
- mind maping
- storyboarding
- brainstorming
- fishbone
Bagi mengingatkan sesuatu perkara dalam waktu yang singkat amatlah sukar kerana otak manusia tidak boleh menerima sesuatu maklumat dengan banyak dalam sesuatu masa. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai cara bagi mengatasi masalah ini iaitu dengan mecipta formula bagi mengekspretasikan masalah-masalah yang timbul dalam hal sebegini. Antara formula yang dicipta ialah mind maping, storyboarding, brainstorming, serta carta sebab dan kesan iaitu diagram tulang ikan ataupun fishbone. Formula ini dicipta bagi memudahkan ingatan manusia tentang sesuatu perkara. Namun, terdapat perbezaan dan persamaan antara formula ini.
1) Persamaan
Persamaan yang dapat dilihat apabila kita menggunakan keempat-empat formula ini adalah semua formula memerlukan perancangan yang lebih teliti dalam membuat formula ini. Semua formula ini terbukti apabila kita melihat proses pembuatannya iaitu memerlukan kekreatifan, ketelitian dan kesempurnaan yang dicipta oleh yang pakar dlam bidang pendidikan. Hal ini demikian kerana, jika terdapat kesalahan dalam mencipta formula ini maka semestinya akan menyukarkan individu untuk memahami isi kandungan atau maksud yang ingin di perolehi.
Selain itu, keempat-empat formula ini turut mempunyai satu persamaaan yang jelas iaitu penglibatan dalam penukaran dari sesuatu idea ke dalam bentuk yang mudah diingat dan difahami. Formula ini jelas dapat dilihat persamaannya iaitu Mind Maping, setiap fakta atau isi penting akan diringkaskan dan disusun bagi perkara yang dianggap penting. Keempat-empat formula ini disusun isi pentingnya kepada bentuk yang lebih ringkas supaya mudah ingati.
Persamaan lain ialah semua formula ini merupakan perancangan sementara dan bukannya kepastian yang diharapkan. Misalnya, Brainstorming merupakan pencetus idea atau dengan kata lain proses pemilihan ketika membuat sesuatu keputusan. Setiap idea yang dirakam atau dikeluarkan akan dicatat dan dikaji terlebih dahulu, diselidik serta dibincang bagi memdapatkan maklumat yang tepat. Hanya idea yang sesuai sahaja akan dikekalkan dan terus dikembangkan dengan lebih lanjut atau mendalam. Maka, formula-formula ini jelaslah bahawa satu perancangan sahaja bukanlah kepastian.
Perbezaan
Formula-formula yang dicipta adalah untuk memudahkan manusia mengatasi masalah untuk mengingat sesuatu perkara dengan mudah dan berkesan. Terdapat perbezaan antara keempat-empat formula ini. Antaranya ialah dari segi bentuk formula ini. Setiap formula ini mempunyai bentuk yang berbeza antara satu sama lain. Misalnya, formula Mind Maping mempunyai bentuk yang pelbagai mengikut kekreatifan seseorang individu untuk menghasilkannya. Formula Fishbone pula merupakan berbentuk tulang ikan kebiasaannya. Selain itu, setiap pecahan idea dan gambarajah juga turut mempunyai bentuk yang berbeza misalnya pecahan idea bagi Mind Maling adalah pelbagai bentuk dan mengikut kesesuaian tajuk atau topik manakala formula Fishbone pula, pecahan idea dibuat mengikut rangka tulang ikan tersebut.
Antara perbezaan lain dapat dilihat ialah setiap formula mewakili cara atau kaedah yang tersendiri. Misalnya, formula Mind Maping adalah digunakan untuk menguraikan isi-isi penting dalam karangan atau esei panjang supaya mudah diingati dan difahami dan yang lebih penting adalah supaya mudah diingati.Manakala bagi storyboarding pula kaedahnya adalah dengan menggambarkan keadaan ataupun rupa sesuatu penggambaran sebelum ia bermula.
Setiap formula juga mewakili fungsinya yang tersendiri. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas pada setiap fungsi formula yang dicipta ini. Misalnya, bagi Mind Maping fungsinya adalah untuk menyenaraikan isi-isi penting bagi topik yang dikaji atau dirancang. Bagi Formula Storyboarding, fungsinya adalah untuk menggambarkan plot-plot penting di dalam sesebuah cerita. Manakala bagi Brainstorming, fungsinya adalah untuk menyenaraikan kebarangkalian kepada sesuatu penyelesaian dan formula Fishbone adalah untuk menyenaraikan setiap kesan dan penyebab kepada sesuatu masalah sebelum membuat sesuatu keputusan.
Sebagai kesimpulannya, keempat-kempat formula ini terdapat persamaan dan perbezaan dari pelbagai sudut sepeti kaedah, bentuk, cara, fungsi dan perancangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Walau bagaimanapun, setiap formula banyak memberi manfaat kepada kita dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kerumitan dalam mengingati sesuatu perkara yang dianggap penting.
0 comments:
Post a Comment