BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 22, 2009

Perkara @ masalah yang tidak boleh diselesaikan

Perkara @ masalah yang tidak boleh diselesaikan

Pada pandangan saya, setiap masalah yang timbul dapat diselesaikan tapi cepat atau lambat sahaja seseorang itu menyelesaikan masalah yang timbul itu.Bagi saya amat susah untuk dikarangkan atau dibicarakan masalah yang berkaitan dengan hal peribadi sendiri.Namun,tidak boleh dinafikan masalah yang timbul sering membuntukan seseorang bagi menyelesaikan sesuatu masalah .Masalah yang timbul seringkali memdatangkan ketidakpuasan hati seseorang dan sangat susah untuk diselesaikan dalam masa yang singkat.

Saya rasa sangat buntu untuk membicarakan tentang masalah yang melanda diri saya. Bagi saya masalah yang saya hadapi kebanyakkan dapat diselesaikan tapi tidak semua masalah saya hadapi dapat diselesaikan dengan sempurna. Namun, masalah yang timbul itu berkaitan dengan kehidupan harian saya seperti masalah kewangan bagi menampung pembelajaran saya di istitusi pengajian tinggi malahan saya adalah seorang pelajar pendidikan seni yang memerlukan kos pembelajaran yang tinggi untuk siapkan sesuatu tugasan.Walau bagaimanapun, saya dapat hadapi masalah ini dengan hati yang tabah dan berserah kepada Allah kerana dialah yang menentukan segalanya.

Jika diingatkan balik tentang masalah saya hadapi, memang saya tidak menafikan bahawa pernah saya mengalami satu masalah yang saya fikir memang susah untuk diselesaikan atau mungkin tidak dapat diselesaikan. Saya tidak tahu hendak bicara macam mana,masalah ini berkaitan dengan zaman remaja sekarang iaitu masalah “ cinta “. Masalah ini sering diperkatakan oleh golongan remaja yang berjinak-jinak dengan dunia cinta. Memang benar apabila kita bercinta, semua perkara menjadi indah namun pada hakikatnya apabila kita berpisah dengan sesorang tentu kita akan hilang arah atau tujuan. Berkaitan dengan masalah ini,seringkali kita terpandang di dada-dada akhbar ada yang sanggup bunuh diri kerana cinta. Apa yang ada pada cinta,adakah cinta itu menyakitkan atau betulkah makna itu sangat memdalam sehingga seseorang itu tidak mampu menempuhnya dengan baik.

Segala persoalan ini mungkin tidak akan terjawab dengan sempurna kerana bagi saya perkara ini memang tidak ada jalan penyudahnya atau cara penyelesaian yang terbaik.Bagi menghadapi masalah ini,remaja hendaklah mengikut cara bercinta yang disyorkan dalam agama masing-masing tidak kira apa jua agama atas muka bumi ini,yang penting agama ini menyuruh manusia melakukan perkara-perkara yang baik semuanya dan sesiapa yang melanggar perintah agamanya,itulah menyebabkan sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan dengan sempurna.

0 comments: